Saturday, December 31, 2005

Posted by FarahF at 12:22:00 PM
terasa macam nak makan macam-macam arini. tatau apasal tiba2 rasa macam nih. saya nak makan

1. nasi minyak masakan mama, dengan kermuk daging dan acar nenas.

2. keropok lekor yang panas- panas

3. zinger kfc

4, kaya ball kat jusco melaka

5. pizza shakeys

6.nasi dagang kak pah kat ganu

and the list goes on and on... huwaaa..nak balik rumah

Friday, December 30, 2005

Posted by FarahF at 7:52:00 PM
i am back in my hostel room..looking around, its been nearly 2 and half years i occupy this room. and hopefully in about 5 weeks from now, i will vacant this room forever, marking the end of my student days. walau macamanapun, my focus now is to study properly in this few hours left and clear all my papers. i am actually so sad at this moment...i failed my surgery paper by 2 marks..tapi alhamdulillah, i passed all my other papers, and also my practicals. dan alhamdulillah, by aggregat i passed, even though my surgery dissapoint me... i least expected it, coz i felt i can answer properly, i have thought that my paediatrics paper gonna pull me down, tapi yang sebaliknya terjadi...mulai saat ni, mmg tak boleh leka, aku harus bekerja keras, utk memastikan permulaanku sbg seorang professional bermula pada akhir februari ni..insya allah, aja aja fighting!!

Wednesday, December 28, 2005

Posted by FarahF at 9:35:00 PM
semenjak dua nih, mama asyik bercakap pasal kahwin. aku balik ke KL 23 hb lepas. dia bercakap lagi pasal kahwin. aku kadang2 rimas bila dia bercakap pasal kahwin. sebabnya aku belum bersedia utk berkahwin dan settle down. aku belum bersedia utk memasuki alam yang serba lain. 24 hb aku ikut mama, abah dan adik2 pergi ke Ampang Putri. dekat cafeteria hospital tu, again mama bercakap pasal yang sama. jadi aku terpaksa membentangkan hujah2 mengapa aku takmau kahwin lagi. dan mama pula telah membalas hujah2 aku dengan hujah2 dia yang lengkap dengan dalil-dalil yang aku tak boleh sangkal..aka membrainwash aku...well, suffice to say until this extent that i actually gets partially convinced by her. aku memahami hasrat hati mama. cuma aku rasa yang aku belum bersedia. aku rasa sebelum aku menggalas tanggungjawap dan amanah, aku kene bersedia sepenuhnya. tapi org tua bercakap melalui pengalaman dan pengamatan, jadi aku tak boleh menyangkal kata-kata mama sepenuhnya. jadi, pendekatan yang aku ambil sekarang adalah cuma berfikir dan berdoa. moga-moga allah berikan aku petunjuk apa yang terbaik utk diri aku, dan melorongkan aku ke jalan yang betul. 25 hb, aku buang tebiat sikit. sbb baru habis exam katakan. aku join satu make up class..cikgunya org serdang, an owner of a bridal house. saja saja belajar. aku ni mekap tak pandai and biasanya tak pakai lebih2. yang essential utk aku lately adalah foundation and lipbalm. doundation tu sbb kulit aku tgh teruk break out skang. mungkin sbb stresses exam kot. tapi mmg biasanya, muka aku togel ajer tanpa secalit mekap...cuma baru baru ni aku discover yang muka aku ni teruk sangat pucat macam org sakit masa pergi exam praktikal aritu. shida siap kata yang muka aku cam tak siap...heheh...mana tidaknya, sibuk dok last minute baca itu ini, baju pun bergosok ala kadar, mana ada masa nak touch up muka. tapi sekarang, aku dah ada azam baru..kene la jaga penampilan..nanti kang esok2 muka lesu, mana la org nak confident ngan kita... ni muka aku yang dimekapkan sendiri oleh aku...hehe...rasa terlebih tebal...cam opera cina...tapi ramai kata lawa...heheh..perasan sekejap...isk isk isk

Image hosted by Photobucket.com

ada muka cam aku tak? rasa cam org lain jer..

Tuesday, December 06, 2005

Posted by FarahF at 11:00:00 PM
minggu lepas aku balik ke ganu. keluar ngan mama ke surau, ikut dia pergi berdengor. tgh ustaz dok berceramah, telefon mama berbunyi. sorok2 mama jawap telefon. lama jugak dia dok bercakap. tah apa biji butirnya aku tak dengar. tapi aku tahu adik yang telefon. dalam perjalanan, mama kata adik excited. adik menang sayembara cerpen. habis spm, dia di offer ke kelantan ikut minggu penulis remaja. balik rumah mmg dia excited pun. yang kelakarnya, cerpen yang dia hantar tu cerpen yang dia tulis untuk spm trial bahasa melayu karangan dia. and cikgu dia yang beria-ia nak hantarkan untuk dia. aku mmg tahu adik suka menulis. dia ada buku conteng penuh dengan cerpen, sajak dan puisi. aku mmg tahu adik seorang puitis. aku panggil dia jiwang. tapi yang sebenarnya, aku pun pernah macam dia juga dulu. masa aku kecil2, aku selalu menulis cerpen. kononnya nak dihantar ke dewan pelajar. tp, mama yang dah mengesan minat aku, dari awal dah 'hush-hush' kecenderunganku masa tu. kata mama, u cant dream all ur life, u have to be realistic. she said a writer is a dreamer that wont earn much to support her life. aku masa tu reluctantly stop writing. and stop to dream of becoming one of a kind. akhirnya, aku terus melupakan untuk menulis. dan aku pun dah langsung tak boleh menulis lagi. i just lost the skill to picture things vividly in writing, and to make ppl 'terkesan' with my writing. i have lost touch. and i dont think i will ever earn it back. jealous of my sister? i do envy her abit. sbb she has the opportunity and exposure. tetapi, aku tidak cemburu bila mama kali ni berikan sokongan pada dia. aku happy coz mama finally understand, minat adik dan aku yang dulu pernah dia kuburkan. i understand she means well. tapi, of course mama has learnt so many things about parenting over the years. coz kadang2 aku melihat mama mengambil approach berbeza dalam meladeni masalah yang hampir serupa yang pernah aku hadapi bila dia berhadapan pula dengan adik. i guess she is aging well..:) oh ya hari ni, adik telefon aku setelah 3 hari ke MPR. kata dia tulisannya adalah among 7 of the best from 86 penyertaan. aku happy bila dia happy. katanya, DBP akan publishkan antologi cerpen dia dan kawannya. i guess adik takkan berhenti menulis selepas ni. mama pula, bercerita ttg nisah hj haron. katanya she's a lawyer cum a writer. jadi aku pasti mama positif yang adik juga insya allah akan menjadi seperti dia, a professional who is also a writer. aku doakan adik akan berjaya dalam kedua2 bidangnya. amin.

Monday, December 05, 2005

Posted by FarahF at 10:04:00 AM
semalam aku oergi 7 eleven. nak cari magazine. bila keluar, aku jumpa seekor anak kucing. warnanya putih tompok2 hitam. dia mengiau-ngiau..menggigil, aku agak kelaparan. dia berlari2 mengejar aku, gesel2 kepalanya dikaki aku. aku sedih, kesian, tgk si kecik tu mengiau-ngiau. tgk matanya, hati aku menjadi cair, cam ais yang cair tuh. aku tak sampai hati. macam org bengong, aku duduk di kaki lima. aku masuk balik ke 7-e belikan dia susu kotak. bukak susu, letak depan dia. tapi dia tak mahu. sibuk meghidu bungkusan nasi goreng cendawan dan sate di tangan aku. aku faham le apa yang dia nak makan. aku keluarkan satu cucuk sate dan beri pada dia. macam harimau mengaum dia mengiau. mengongoi dapat makanan idaman. dia makan dengan lahapnya. aku jadi tambah kesian. aku tgk keliling. macamana la si kecil ni akan survive. tapi aku keraskan hati melangkah ke kereta. sekali dia berlari lari mengikut aku. mengiau2 lagi. hati aku cair lagi. akhirnya aku kepong kucing dalam kereta. niat hati nak buang dia dekat mana2 yang senang dia nak dapat makanan or bawa dia pergi SPCA. tapi waktu dalam kereta tuu, dia macam baby, panjat riba aku dan duduk dgn relaksnya sambil aku drive. dia tido dengan lena atas pangku aku. aku lg tersentuh. akhirnya shah jadi mangsa aku pg beli sangkar malam2 buta. sian shah...sorry ye shah. aku ingatkan aku akan bela oreo..aku dah berkira yang fazli akan jagakan oreo untuk aku, atau cousin aku kalau dia tak boleh jaga. tapi sayang, akhirnya malam tu aku tahu aku takleh jaga oreo. aku nak exam ni,aku kene study. oreo asik tercirit saja. najisnya ada darah sikit. aku tahu oreo sakit perut. aku patut bawa dia pergi vet. tapi aku takde masa. aku pun takleh bawa dia balik ke kl. sbb aku takleh drive sorang2. fazli ada hal lain. dan oreo sepanjang malam dok mengiau dan memanjat sangkar. aku faham. dia nak keluar. dia tak suka dok dalam situ. sbb bila aku keluarkan dia sekali dan dok atas meja sambil aku study dia diam. tapi dia pergi cirit atas meja. so tats it aku kena masukkan oreo balik dalam sangkar. dan mulutnya tak berhenti mengiau. aku kesian dia. jadi pagi tadi, aku bawa dia keluar pagi pagi. tgk mata beningnya aku tak sanggup. bila aku drive lagi, dia duduk lagi atas pangku aku. tapi aku takleh komited pada dia sekarang. aku sedih sangat. tapi aku tak ada pilihan. aku telefon fazli. fazli suruh letak dia dekat kedai mana2. akhirnya aku tingalkan oreo depan kedai makan makcik ni. aku tahu makcik ni baik. aku tahu ada banyak kucing situ. jadi aku tinggalkan oreo. aku berdoa oreo akan dilayan dengan baik kat situ. maafkan kakak ye,oreo.

Sunday, December 04, 2005

Posted by FarahF at 4:59:00 PM
catatan ini aku mahu tujukan untuk seseorang yang pernah aku kenal rapat. tapi, yang sebenarnya sampai aaat ini aku tidak pernah memahami mekanisme pemikirannya. ya, walaupun aku pernah bercontact selam dua tahun secara direct dgn ia. aku ttp tidak memahaminya. dia adalah manusia yang pernah aku cintai. aku ulangi, pernah. sekarang ni? hati aku sudah lama tertutup untuk dia. itu cerita dulu.dan aku kira dia sudah berbahagia juga dengan pilihannya sendiri. seperti mana aku kini berbahagia dengan seseorang yang aku kira paling memahami jiwaku. dia sudah berkahwin. aku tahu dgn siapa, tapi aku tidak menganli isterinya. dan aku jugak tidak pernah peduli utk mengenali dan mengambil tahu ttg hidupnya kini. yang lepas sudah berlalu, aku ingin memulakan kehidupan baru dan membuang ingatan pahit dan sedih. cuma,yang aku pelikkan sekarang, bagaimana seorang lelaki yang sudah berkahwin, masih boleh menelefon x-gf nya? walaupun hanya unttuk bertanya kabar. tapi, aku merasaakan itu adalah suatu tindakan yang sangat tidak wajar. aku sebgai seorang perempuan, sekiranya ditakdirkan menjadi seorang isteri, of course akan merasa sangat kecewa dan sedih dengan sikap suamiku. unless, i am a super duper woman with no jealousy and feeling. and unless, the woman that he pledged to does not mind his act , or worst, maybe the wife is ignoreant of his stunt. whatever his reason being, raya or no raya, birthday or no birthday or watsover, i would like to mention here, if he happened to read my writings (as i am aware he does), please just stop the wastings of calling me. plz, do not bother to. as i dont want that to affect any of the hew relationships that is built on trust and faith. jagalah hatinya baik baik. thts my last word, for u. for me, u are long dead from my life.

Saturday, December 03, 2005

Posted by FarahF at 3:53:00 PM
aku sudah lama tidak menulis. aku merajuk.tidak. aku sibuk. sikit-sikit.aku tidak ada idea bernas. ya juga. yang pastinya, dalam diam aku selama 4 bulan lebih ini, banyak peristiwa berlaku dalam kehidupan aku ini. aku kehilangan, kehilangan seorang pakcik yang aku sayangi. itu ogos yang dulu. dan aku langsung tidak mengjangkakan kehilangan itu akan berlaku. sebetulnya, tiada siapa yang mengjangkakan ia akan terjadi. tidak anak2nya,tidak adik beradiknya, yang kesemuanya berada di kuala lumpur. dan aku cuma dapat satu panggilan sedih, waktu aku di workshop sbb keretaku rosak hari itu. tanda musibah? mungkin jugak, sbb tak semena-mena baterinya 'kong' hari itu. aku cuma sempat berlepas balik malam itu dengan anak lelaki sulungnya. tapi hati ada rasa terkilan sedikit. tak sempat memohon maaf dengan pakcikku itu. dua minggu sebelumnya, aku tidak menegurnya seperti biasa semasa majlis walimah sepupuku. mungkin kerana semuanya sibuk haritu. tapi yang paling berkesan dihati, di aidilfitri ketiadaannya ada sedikit menjemput rasa senak di hulu hati. sbb tahun tahun dulu, dia paling meriah, jamu org makan2, layan para tetamu. dan yang paling menghiris hatiku, melihat muka nendaku yang pilu. di pagi raya, tak ada langsung secebis senyuman. aku cuma mampu memandang dari jauh, tapi aku pasti, ada air mata membanjiri kolam matanya. aku pasti. bila kubawa nenek ke kubur, aku lebih2 terasa sedih. aku tersentuh benar2 melihat dia menangis mengusap2 nisan kaku. apa yang mampu kubuat, cuma memeluk dan menyabarkannya. kami redha ya allah, cuma mungkin masih belum mampu keluar dari suasana duka. dan ya, sememangnya aidilfitri kali ini hanya berwarna warni di baju kami.
 

MY LIFE MUSINGS Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting